NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Bakal Haramkan Vape Secara Menyeluruh?

KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Kerajaan Negeri Terengganu sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan vape secara total di negeri itu berikutan kebimbangan terhadap kesan negatifnya terhadap kesihatan masyarakat.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak, berkata pihaknya sedang mengkaji langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap penggunaan dan penjualan vape.

Menurut beliau, keputusan ini selaras dengan dasar kerajaan negeri yang menekankan kepentingan kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat, selain selari dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama.

“Kita melihat trend penggunaan vape dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Oleh itu, kita akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk kemungkinan mengharamkan vape secara menyeluruh,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Mufti Negeri Terengganu sebelum membuat keputusan muktamad.

Sekiranya larangan ini dikuatkuasakan, Terengganu bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengharamkan penggunaan vape secara total.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. In light of Terengganu's potential comprehensive ban on vaping due to health concerns , individuals seeking alternatives may consider c liquid uk. This product offers a controlled and potentially safer option for those looking to transition away from traditional vaping. By providing a regulated experience, c liquid uk addresses health considerations while still catering to personal preferences. Engaging in discussions about such alternatives can foster informed choices and promote healthier lifestyles within the community.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo