SHAH ALAM - Kerajaan perlu belajar mengaku salah sekiranya ingin memperbetulkan kesilapan dan tidak menuding jari kepada pimpinan terdahulu terutamanya bab permasalahan rakyat.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Tun Ismail Aziz mendakwa, Kerajaan Madani sentiasa menafikan krisis yang wujud dalam negara dan beranggapan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja sedangkan berlaku sebaliknya.
Menurutnya, ia antara tiga sikap buruk yang diamalkan kerajaan pada hari ini menyebabkan masalah rakyat tidak pernah selesai meskipun pemerintahan bertukar tangan.
“Untuk selesaikan masalah, perlu akui masalah itu wujud. Apabila dimaklumkan tentang sesuatu isu, kamu sentiasa menafikan. Kenapa masalah dalam negara tidak selesai? Puncanya kamu nafi ada krisis dan rasa semuanya okey.
“Kedua, kena berfikiran terbuka dan bukan bersifat defensif. Apabila rasa kamu sahaja yang paling pandai, kamu akan bersikap defensif dan tak mahu dengar. Bila tak mendengar, macam mana nak faham isu sebenar?
“Ketiga, belajar akui kesalahan untuk perbetulkan keadaan. Bila rasa tak pernah salah, kamu takkan buat apa-apa pembetulan. Lebih teruk lagi, sudahlah angkuh dan bongkak, salahkan orang lain pula,“ katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya menyifatkan pemimpin 33 bulan (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tidak menyelesaikan masalah rakyat seperti kos sara hidup dan perumahan.
Jelas Anwar, pihaknya hairan dengan sikap pemimpin terdahulu yang hanya tahu mengkritik pentadbiran ketika ini.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment