NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU16 medan sebenar kerajaan perpaduan, kata Chin Tong

Liew Chin Tong berucap kali terakhir sebagai ketua DAP Johor pada Konvensyen DAP Johor.



PETALING JAYA
PRU16 medan sebenar kerajaan perpaduan dan usaha mesti dibuat menyakinkan ahli DAP, penyokong, dan rakyat Malaysia semuanya adalah pembina negara, kata Liew Chin Tong.

Katanya, PRU16 juga merupakan ujian kemampuan gabungan perpaduan membina tatanan politik baru di Malaysia, demi menjadikan negara ini lebih kukuh dan stabil.

Berucap pada Konvensyen DAP Johor, beliau berkata: 

Kita mesti meyakinkan ahli-ahli kita, para aktivis, dan penyokong kita serta rakyat Malaysia bahawa kita semua adalah pembina negara atau ‘nation builders’. Kita mesti menanam pemikiran ini dalam minda setiap rakyat Malaysia dan Bangsa Johor.

Liew, yang juga timbalan setiausaha agung DAP, berkata demikian dalam ucapan terakhirnya sebagai ketua DAP Johor. Beliau memberi laluan kepada Teo Nie Ching, menjadi wanita pertama menerajui kepimpinan negeri.

Mengulas lanjut, beliau menyeru DAP Johor melakukan persiapan berdepan pilihan raya bermula April 2026, memandangkan mandat DUN Johor akan tamat pada April 2027 dan Parlimen berakhir pada Disember tahun sama.

Liew, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, berkata pada pilihan raya lalu berkisar ‘adakah Anwar bertahan’, merujuk kepada Anwar Ibrahim, yang mengetuai kerajaan perpaduan selepas PRU 2022 yang menyaksikan Parlimen tergantung.

Tetapi, kini keadaan sudah bertambah baik. Pertanyaan yang ingin diketahui sekarang adalah: Adakah Anwar akan memenangi PRU16?

 katanya.

Liew berkata, pilihan raya lalu menunjukkan berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti politik utama seperti Pakatan Harapan (PN), Barisan Nasional (BN), dan Perikatan Nasional.

PH dan BN, yang pernah berseteru kini sebahagian kerajaan perpaduan diketuai Anwar. Liew turut merujuk kejayaan pada PRK Mahkota sebagai bukti formula satu lawan satu, memberi manfaat kepada kerajaan perpaduan.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo