NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Selamat jahanamkan negara wahai katak politik’, sindir Pemuda Umno

Dr Akmal Saleh mengkritik keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah.



PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyifatkan akta antilompat parti diluluskan di Parlimen sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.

Kenyataan Akmal menyusul keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.


“Maka sia-sialah akta antilompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.

“Jangan marah jika rakyat benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Johari memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), menjawab notis daripada Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee.

Kiandee pada 20 Jun lalu menghantar notis kepada speaker selepas keahlian wakil rakyat terbabit terhenti kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia selain terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menerusi surat pemberitahuan, Johari memaklumkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Keputusan Johari turut dikritik Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Karim, menyatakan speaker memutuskan berdasarkan kepentingan politik kepartian yang gagal menghormati asas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.


Selain enam kerusi Parlimen itu, Speaker DUN Selangor Lau Weng San hari ini turut memaklumkan tiada kekosongan kerusi Selat Klang disandang Abdul Rashid Asari yang turut berpaling tadah terhadap Bersatu.

Pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, dikenali akta anti lompat parti berkuat kuasa pada Oktober 2022 sebagai sebahagian daripada pembaharuan dilakukan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob bersama Pakatan Harapan.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo