NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerusi Selat Klang tidak dikosong, kata speaker Selangor

Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata, tiada dokumen yang membuktikan bahawa pindaan perlembagaan Bersatu terpakai bagi Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Speaker DUN Selangor Lau Weng San mengisytiharkan kerusi Selat Klang, yang disandang Abdul Rashid Asari, tidak dikosongkan.

Lau memberitahu DUN, pemberhentian keahlian Rashid dalam Bersatu didapati sebagai ‘pemecatan terancang’ berdasarkan Perlembagaan Negeri Selangor.


“Selamat untuk disimpulkan atas skala pertimbangan kebarangkalian bahawa tiada bukti mencukupi untuk mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka,” katanya.

Rashid, bekas ketua Bersatu Selangor, menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor Amirudin Shari awal tahun ini, menjadikannya wakil rakyat Bersatu ketujuh dianggap menentang parti.

Bulan lepas, ketua pembangkang negeri Azmin Ali memaklumkan Lau, keahlian Rashid dalam Bersatu telah terhenti, bermakna kerusinya harus dikosongkan.

Ini susulan tindakan Bersatu meminda perlembagaannya untuk membenarkan parti itu menamatkan keahlian wakil rakyat jika menentang pendirian parti.

Hari ini, Lau berkata, peruntukan antilompat negeri menghendaki speaker ‘secepatnya mengumumkan kekosongan luar jangka sejurus notis bertulis diterima’, namun ia tidak bermakna speaker harus menjadi ‘rubber stamp’ semata-mata.

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa speaker Dewan, bawah (Perlembagaan) Negeri, perlu menjalankan usaha wajar dan bertindak secara ‘quasi-inquisitorial’ untuk memastikan sama ada berlakunya kekosongan luar jangka.


“Notis bertulis yang diberikan juga hendaklah disokong dan dengan sumber-sumber bukti yang lain,” kata Lau, yang juga ahli DAP.

Dalam mewajarkan keputusannya, Lau berkata, tiada dokumen yang membuktikan bahawa pindaan perlembagaan Bersatu berkuat kuasa retrospektif dan terpakai bagi Rashid, memandangkan beliau menyatakan sokongan kepada Amirudin sebelum pindaan itu dibuat.

Beliau juga berkata, menurut perlembagaan Bersatu, ‘pemberhentian keahlian’ dan ‘pemecatan’ tidak dibezakan sepenuhnya, menunjukkan kedua-duanya lebih cenderung dibaca bersama-sama, bukan berasingan.

Beliau membuat perbandingan dengan perlembagaan DAP yang menurutnya, menangani pemecatan dan pemberhentian keahlian secara berasingan.


Lau berkata, seorang ahli DAP hanya akan dipecat jika diputuskan oleh lembaga disiplin parti selepas mengadakan prosiding disiplin, tetapi seorang wakil rakyat serta-merta terhenti keahliannya apabila menentang parti.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo