NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas diesel: PN jangka kerajaan bakal tarik subsidi petrol




KUALA LUMPUR
: “Perikatan Nasional (PN) menjangkakan bahawa terdapat kemungkinan harga minyak petrol pula akan dinaikkan oleh kerajaan tidak lama lagi selepas kenaikan harga minyak diesel baru-baru ini.”

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan harga diesel sejak 10 Jun 2024 telah menyebabkan beberapa syarikat memaklumkan kepada pelanggan-pelanggannya bahawa mereka terpaksa menaikkan harga minyak tersebut sehingga 30 hingga 40 peratus yang sememangnya lebih tinggi daripada masa-masa sebelum ini.

“Impaknya dapat dirasai pada masa yang akan datang, yang mana tidak mustahil sekiranya perkara tersebut juga boleh berlaku kepada minyak petrol,” katanya.

Menurut beliau, ia merupakan satu perkara yang besar, dan Majlis Tertinggi PN mengambil perhatian yang berat terhadap isu tersebut.

“Kita ada pasukan yang akan terus memantau serta membuat analisis yang ada sekarang ini. Isu ini kita akan bangkitkan ke satu peringkat yang agak lebih tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) di ibu pejabat gabungan politik itu, di sini, lewat malam tadi.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Idris Ahmad; Naib Presiden Bersatu, Dr. Radzi Jidin; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan.

Muhyiddin menyatakan, PN benar-benar kecewa dengan keputusan kerajaan secara tiba-tiba menaikkan harga diesel kepada RM3.35 seliter itu.

Kenaikan harga diesel, ujar beliau, merupakan sesuatu yang amat membebankan ramai rakyat negara ini.

“Saya sendiri telah mengeluarkan kenyataan dukacita terhadap tindakan tersebut kerana ianya tidak dibuat secara terperinci dan bersifat gopoh.

Tambahnya, sudah beberapa kali PN telah mengingatkan kerajaan mengenai perkara tersebut ketika berlangsungnya sidang parlimen sebelum ini.

“Antara penjelasan yang PN berikan ialah kenaikan harga diesel pada masa ini tidak sesuai dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

“Sebelum itu pun kita telah memperingatkan kerajaan waktu di parlimen pun bahawa masa yang berlaku sekarang ini tidak sesuai untuk kerajaan menaikkan harga diesel.

“Ini kerana harga barangan pun naik diikuti dengan kos sara hidup meningkat, inflasi bertambah serta dengan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Masalah ini juga ditambahkan lagi dengan kenaikan kos elektrik dan air, semua ini telah menjadi satu beban yang besar kepada ramai rakyat negara ini,” jelasnya. 

Terdahulu dalam kenyataan pada 10 Jun itu, Muhyiddin telah menzahirkan kesedihan beliau mengenangkan bebanan yang ditanggung rakyat dek pengumuman kerajaan mengenai penetapan harga diesel pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menegaskan, penyasaran subsidi diesel tanpa langkah komprehensif untuk menampan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat adalah satu keputusan buruk yang dibuat oleh kerajaan dan kesannya akan dirasai serta merta. 

“Ini hanya permulaan. Saya ingin mengingatkan bahawa rakyat akan lebih terbeban apabila kerajaan menarik balik subsidi RON95 (petrol) tidak lama lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/6/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo