NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan kembang penternakan ‘lembu wagyu’



BACHOK: Kerajaan negeri merancang mengembangkan lagi penternakan ‘lembu wagyu’ berikutan dagingnya mendapat sambutan menggalakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, lembu wagyu bermaksud ‘Lembu Jepun’ daripada baka daging lembu yang mempunyai rasa istimewa, lembut dan tekstur marbling.

Katanya, untuk menghasilkan daging tersebut perlu menggunakan empat baka lembu Jepun iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Polled dan Japanese Shorthorn.

“Sehingga kini KelFarm menternak 18 ekor kelahiran Wagyu Malaysia dan kini mempunyai 36 ekor lembu wagyu di dua cawangan KelFarm,” katanya ketika melawat Ladang Lembu Wagyu KelFarm Sdn Bhd (KelFarm) di Jelawat, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Vaterinar negeri, Mohd Ridzuan Sulaiman dan Pengarah Eksekutif Kelfarm Sdn Bhd, Paizol Akman Awang.

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, usaha tersebut diharap mendapat sokongan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan kerajaan negeri.

Menurutnya juga penternak di Kelantan memiliki kemahiran pembiakan ternakan secara natural dan menggunakan teknologi pembenihan embrio serta permanian beradas bagi menghasilkan baka yang baik.


Sumber | Harakah Daily


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo