NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas polis didenda RM8,000 tidak siasat kesalahan cabul



KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM8,000 kepada bekas polis wanita berpangkat sarjan kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mencabul. 

Anggota polis itu didakwa telah menerima rasuah sebanyak RM6,000 supaya suspek tidak diambil tindakan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Nur Mastisha Maidinsha yang menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang didakwa ke atasnya hari ini. 

Suzana juga memerintahkan tertuduh dipenjara 40 hari jika tidak membayar denda tersebut. 

Ketika membacakan keputusannya hari ini, Suzana juga menasihatkan tertuduh supaya insaf berikutan perbuatan tersebut. 

“Tolong fikir panjang sebelum ambil apa-apa tindakan seperti ini pada masa akan datang. Mahkamah terima pengakuan bersalah,” katanya.

Mengikut dua pertuduhan pilihan itu, Nur Mastisha didakwa menerima wang RM6,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki yang mana tertuduh mengetahui bahawa lelaki itu ada hubungan dengan kerja rasminya.

Ini telah dilakukan tertuduh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan sebuah stesen minyak di Batu 9, Cheras di sini pukul 8 dan 8.05 malam pada 1 dan 12 Oktober 2022. -MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo