NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri Agama nasihat Mufti dalam mengeluarkan pandangan



SERDANG - Institusi mufti disaran lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan terutama berkaitan isu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya menghormati kuasa mufti yang mempunyai kelayakan untuk menjawab persoalan hukum, namun pandangan yang dikeluarkan perlu secara mendalam.

"Kita hormati pandangan tersebut tetapi apabila mahu keluar kenyataan perlu berhati-hati. Kedua apabila keluar sesuatu pandangan perlu habis dan jangan dibiarkan tergantung," katanya ditemui pada Majlis Konvokesyen ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah mengenai hukum bekerja di bank konvensional dalam ruangan ‘Irsyad Al-Fatwa ke-823’ di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jawapan tersebut menyatakan kakitangan institusi perbankan terbabit disarankan untuk mencari pekerjaan halal lain kerana sektor itu terbabit dengan riba.

Dalam pada itu Mohd Na'im berkata, isu berkenaan boleh dijadikan pengajaran yang persoalan hukum berkenaan perlu disertakan cadangan solusi.

"Walaupun saya galakkan golongan mufti tampil beri pandangan dan pencerahan tetapi biarlah pandangan tersebut mengambil kira semua aspek dan jangan hingga timbul kegusaran.

"Pandangan diberikan biar smpai ke penghujung sehingga tidaklah kita pun tertanya-tanya apakah bentuk penyelesaian yang disarankan,” katanya.


Sumber | Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo