NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuota ahli majlis PBT: UMNO perlu teliti semula keputusan




SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Hasrat UMNO Selangor untuk memulangkan 20 kouta ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu bagi mendapatkan semua 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu diteliti semula.

Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), Juwairiya Zulkifli berkata, keputusan tersebut dianggap tidak wajar dan tidak munasabah.

"Tuntutan itu tidak logik kerana formula kita tidak boleh begitu. Tidak boleh semua jawatan ahli majlis untuk satu komponen manakala JPKK pula dikuasai komponen lain.

"Ini kerana perpaduan wujud di semua bahagian dan cabang dalam Parlimen. Jadi kerjasama itu harus dizahirkan secara bersama dan tidak boleh dikuasai secara total oleh satu-satu parti sahaja," katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memberitahu, parti itu memutuskan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada parti sekutunya, Pakatan Harapan (PH).

Megat Zulkarnain berkata, keputusan itu membuktikan UMNO Selangor tidak tamak jawatan atau mendesak PH memberi jawatan kepada mereka seperti dakwaan yang tersebar.

Namun, kata beliau, UMNO Selangor mahu sebanyak 373 jawatan JPKK di negeri tersebut diberikan kepada parti berkenaan.

Dalam pada itu, Juwairiya berkata, isu pembahagian kerusi bagi jawatan ahli majlis PBT telah dibincangkan antara pemimpin PH dan BN tanpa menyentuh isu agihan jawatan JPKK atau ketua kampung.

"Ya mesyuarat telah dibuat dan itu yang ditawarkan namun maklum balas Megat Zulkarnain berkenaan hasrat parti berkenaan tidak pernah dibangkitkan sebelum ini dan ini merupakan perkara baharu.

"Sebelum ini hanya bincang mengenai pembahagian kerusi Ahli Majlis PBT tanpa ada tambahan tuntutan jawatan JPNN dan penolakan kouta yang disebutkan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, agihan tersebut perlu melalui proses perbincangan dan bergantung kepada budi bicara setiap parti.

"Kita tidak menghalang sebarang pandangan namun apa pun lantikan yang akan atau bakal dibuat, akan melalui proses perbincangan.

"Setiap parti berhak mencadangkan apa saja tetapi akhirnya keputusan akhir akan diputuskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari," katanya.


Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo