NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jaga nama baik negara, kerajaan digesa pantau sindiket pekerja asing

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata Malaysia memerlukan pekerja asing dan menjadi tanggungjawab untuk menghormati hak asasi mereka. (Gambar Bernama)



KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap kartel sindiket pekerja asing dan buruh paksa.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, langkah itu perlu supaya nama Malaysia tidak tercemar di peringkat antarabangsa susulan isu buruh paksa.

“Malaysia memerlukan peranan pekerja asing dalam sektor perladangan, perkhidmatan, perindustrian…jadi tanggungjawab kita menghormati hak asasi pekerja.

“Kita tak mahu kartel menjalankan operasi jenayah sesuka hati, bagi saya wajar pihak KDN, KSM serta agensi keselamatan ambil iktibar jaga nama baik negara,” katanya di Dewan Rakyat ketika perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa.

Mengulas isu kematian seorang perekrut warga Nepal yang mengunjungi Malaysia untuk menangani isu visa kerja selepas tiga hari tiba di negara, Hassan meminta kerajaan memantau kemasukan pekerja asing bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Sementara itu, Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) meminta KDN dan KSM menyatakan status 1,120 pekerja asing terkandas yang tidak mendapat kerja apabila tiba di Malaysia sehingga mendapat liputan antarabangsa.

“Isu ini boleh menyebabkan pekerja itu dan kemungkinan jadi buruh paksa dan ia boleh jejas nama baik negara,” katanya memaklumkan mereka yang terkandas masuk melalui program seliaan kerajaan.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo