NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kor Ming DAP cuba buli Kelantan seperti Umno-BN




KERAJAAN Pusat zaman Umno-BN dahulu terang-terangan membuli Kelantan dalam aspek pembangunan air negeri. Selama 16 tahun lebih Kelantan hadap ‘lost development years’ akibat federalisma ala Umno-BN yang ke laut.

Selepas itu pun, kewangan Pusat yang turun hanya berbentuk pinjaman, bukannya geran seperti negeri lain diperintah BN. Pinjaman pula sikit demi sikit diberikan, bukan secara ‘lump sum‘ untuk memudahkan proses pemulihan dan pembangunan air negeri. Pendek kata Federal buli Kelantan cukup teruk zaman itu.

Nga Kor Ming dari DAP pula beberapa hari ini dilihat tidak jauh beza dengan BN zaman dahulu. Ya memang tidak bezalah, sebab mereka tidur sebantal, mimpi mungkin lain-lain, tapi perangai sudah jadi sama. Sepadanlah dengan Kerajaan Perpaduan PH-BN saat ini. 

Kenyataan media seakan menekan dan menyiasat di mana dilihat secara jelas membuli Ahli Parlimen yang kuat bekerja untuk rakyat diwakilinya iaitu YB Dato’ Siti Zailah Yusoff atau Kak Lah adalah satu kesilapan besar. Jelas bergambar sebagai bukti nyata dalam media sosial, menyaksikan pihak bomba setempat yang membuka pili untuk dimuat naik air ke dalam lori air kontrak AKSB yang seterusnya diagih kepada rakyat. Jadi, apa isunya Kor Ming?

Merujuk kepada kenyataan Pengarah Bomba Negeri, ramai yang menyarankan agar dirujuk kepada persefahaman lama yang telah wujud antara AKSB, pihak syarikat Lori Air Kontrak dan bomba dalam isu penggunaan air di pili bomba ini. Ia telah lama ‘selesai’, insya-Allah.

Seharusnya dalam kegetiran rakyat memerlukan air untuk pengurusan rumahtangga masing-masing, isu pili bomba di Rantau Panjang ini tidak diperbesarkan. Apa Kor Ming ingat rakyat Kelantan akan menyokong DAP yang dilihat galak membuli YB Kak Lah atau rakyat akan gembira dengan huluran air hasil kerjasama YB dan bomba setempat? Jawapan itu YB Menteri sedia tahu bukan?

Atau Kor Ming mahu mengalihkan pandangan umum kepada perkara-perkara besar yang lain? Antaranya pengumuman Perdana Menteri ke-10 (PMX) akan laba besar yang akan Kerajaan Pulau Pinang perolehi dalam projek LRT? Dan mungkin tidak lama lagi juga projek tambak laut dan terowong bawah tanah? Pukul kepala gosok paha?

Apa sekalipun diharap agar orang awam tidak terkeliru dengan laporan MalaysiaKini berkait ‘penafian Pengarah Bomba Negeri’ iaitu:

i.    menurut Seksyen 42(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, AKSB selaku pemegang lesen perkhidmatan air hendaklah membenarkan Jabatan Perkhidmatan Bomba untuk mengambil air untuk memadamkan kebakaran daripada mana-mana sesalur air utama atau paip lainnya yang dipasang dengan pili bomba;

ii.    Seksyen 23(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1998 membenarkan pihak berkuasa air dan ejennya (AKSB) untuk menggunakan mana-mana pili bomba atau saliran air kepadanya;

iii.    Persefahaman dengan Jabatan Bomba & Penyelamat telah dibentuk berkenaan hal ini khususnya dalam menghadapi saat-saat kecemasan dan atas kepentingan awam.

Di dalam Seksyen 42(1) itu, AKSB perlu memberi kebenaran kepada bomba; maknanya jika AKSB tidak beri kebenaran, bomba tidak akan dapat guna air walaupun di dalam pili bomba yang mana di sini rakyat tahu siapa ‘tuan air’ dan siapa ‘tuan pili’. Asas sahaja. 

Manakala Seksyen 23(1) jelas menyatakan pihak berkuasa air (Kerajaan Negeri Kelantan) dan ejennya (AKSB) boleh mengguna mana-mana pili bomba – sekali lagi menjelaskan siapa ‘tuan’ kepada bekalan air. 

Seksyen 23 juga menyatakan adalah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana pihak menggunakan air di dalam pili bomba tanpa kebenaran pihak bomba (mana-mana pihak itu ialah selain daripada pihak berkuasa air dan ejennya) ~ jelas di sini pihak-pihak lain perlu mendapat kebenaran bomba, tetapi Kerajaan Negeri dan AKSB tidak perlu mendapat kebenaran bomba. 

Isunya di sini adakah YB Kak Lah itu ‘mana-mana pihak’ atau YB itu ‘AKSB’? Kalau lori yang YB Kak Lah guna itu sudah sememangnya lori kontraktor AKSB, maka lori itu tidak lagi termasuk dalam ‘mana-mana pihak’ yang memerlukan kebenaran bomba. Bahkan lori itu ialah ‘AKSB’ yang boleh ambil air dari pili bomba tanpa perlu dapat kebenaran bomba pun.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY8/5/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo