NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Feri Langkawi: Rakyat Kedah dah cerdik, kata Sanusi




ALOR SETAR: 
Tidak perlu tukar kerajaan sekiranya hanya untuk mengorek laut membolehkan perjalanan feri ke Langkawi bertambah 15 kali sehari.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkhidmatan feri dan jeti adalah di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan tidak kira parti mana yang mentadbir negeri.

Malah, ujarnya tanggungjawab yang dikhususkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) itu juga melibatkan keretapi, stesen kereta api dan lapangan terbang.

“Tidak perlu mai jual barang tak laku di Kedah. Tentu tak laku, rakyat Kedah dah cerdik. Feri dan jeti itu 100 peratus di bawah kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri bukan kata nak korek laut, nak kurangkan tambang feri walau seringgit pun tak boleh,” katanya pada sidang media, di Wisma Darul Aman, semalam.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan di Perhimpunan Madani, Stargate, 28 April lalu, berjanji kerajaan persekutuan akan bertindak mendalamkan laut untuk membolehkan jadual perjalanan feri ke Langkawi ditambah sehingga 15 kali sehari sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat menerajui Kedah pada PRN ini.

Justeru kata Sanusi, pemimpin kerajaan persekutuan PH-BN sewajarnya memahami bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri sebelum membuat kenyataan atau pengumuman.

“Perkhidmatan feri, jeti, keretapi, stesen kereta api, lapangan terbang semuanya di bawah kerajaan persekutuan seliaan MOT. Jadi tak perlu tukar kerajaan. Dah memang tanggungjawab depa.

“Patutnya dia buat kerja dia, saya buat kerja saya, baru aman dunia. Jangan sebab dia tak buat, sebut kegagalan di pihak saya,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo