BANGUNAN lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar. FOTO ihsan Bomba/pembaca
BANGUNAN lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar. FOTO ihsan Bomba/pembaca

Petaling Jaya: Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, di sini, terbakar, kira-kira 10 pagi, hari ini.

Kejadian ini adalah insiden kali kedua berlaku di bangunan sama. Sebelum ini, kebakaran dilaporkan di bangunan itu pada 12 Februari 2018.

Setakat ini, kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di bangunan lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya. FOTO ihsan Bomba/pembaca
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di bangunan lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya. FOTO ihsan Bomba/pembaca.

Sumber | HMetro