NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak akan guna penyelidik profesional kaji tahap kemiskinan



KOTA SAMARAHAN - Kerajaan Sarawak akan menggunakan khidmat pengkaji profesional untuk menjalankan penyelidikan yang lebih objektif dan tepat berhubung tahap kemiskinanyang berlaku di negeri itu, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kajian tentang taraf kemiskinan di negeri itu bukannya sekadar berdasarkan statistik semata-mata tetapi melibatkan penyelidikan yang lebih mendalam memandangkan status miskin yang digunakan masa kini untuk negeri ini turut melibatkan mereka yang memiliki aset seperti tanah.

"Di Sarawak, ramai yang memiliki aset seperti tanah tetapi masih dikategorikan sebagai miskin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyatakan tekad kerajaan pimpinannya untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar negara ini khususnya di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Abang Johari berkata, beliau sudah berbincang dengan Anwar berhubung hasrat kerajaan Sarawak untuk menjalankan kajian lebih terperinci itu yang dijangka dapat mengemukakan data lebih tepat tahun ini berhubung masalah kemiskinan di Sarawak. - Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo