NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad berdoa untuk kebebasan 'Bossku depan Kaabah

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MkT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menitipkan doa buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menziarahi kota Mekah di Arab Saudi, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Mohd. Puad turut mengimbau dan memuat naik beberapa gambar kenanagan berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih bersama Najib.

“Lima minit lagi waktu berbuka di Mekah. Teringat pengalaman beberapa kali berbuka puasa dengan ‘Bossku’ (Najib) di Kondo Pavillion. Kami juga solat tarawih berjemaah,” katanya.

Tambah Puad, beliau juga sedih memikirkan Najib kini berbuka puasa tanpa teman, namun akan terus berdoa pembebasannya di depan Kaabah.

Terdahulu, Najib gagal dalam permohonannya di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. dihadapinya.

Berikutan keputusan itu, Najib kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun yang mana pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong. KOSMO! ONLINE.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo