NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib bebas esok? Siapa untung?

NAJIB BEBAS ESOK? SIAPA UNTUNG?

1. Najib memang ingin bebas dan ingin menjadi PM kali ke 2. Hasrat ini tidak disembunyikan sebahagian orang UMNO.

2. Jikalau berita Najib akan dibebaskan ini tidak benar. Masakan Lim Kit Siang melompat marah kepada kerajaan Perpaduan?

3. UMNO yang menjadi tonggak kerajaan Perpaduan. Pasti tidak akan duduk diam. Hasrat untuk membebaskan Najib dinyatakan secara terang terangan menerusi pengampunan DiRaja.

4. Najib dibebaskan tidak mustahil pada hukum akal bahkan boleh dilakukan menerusi prosedur yang sah di sisi undang-undang. Iaitu menerusi Lembaga Pengampunan yang turut dianggotai Zahid Hamidi sebagai Menteri Wilayah dan Anwar Ibrahim sebagai PM.

5. Kuasa mengampunkan Najib adalah hak YDPA. Tetapi YDPA hanya boleh mengampunkan sekiranya Lembaga Pengampunan ada bersidang dan mempersembahkan laporan Pengampunan kepada YDPA.

6. Bahasa mudahnya, meskipun Anwar dan Zahid ingin mencuci tangan kononnya mereka tidak berkuasa mengampunkan Najib. Bukankah Najib tidak akan dibebaskan andai Lembaga Pengampunan yang dipimpin mereka tidak bersidang dan mempersembahkan nama kepada YDPA?

7. Sudah jelas pertembungan conflict of interest dalam situasi ini. Ya ia sah di sisi undang-undang. Cumanya ia membuktikan bahawasanya PH dan PMX selama ini hanyalah penipu yang mengamalkan realpolitik demi mengekalkan kuasa. Jika tidak diselamatkan Najib, pastu separuh dari kekuatan UMNO yang berada dibawah Najib akan melawan Anwar dan kerajaan.

8. Jika Najib bebas, UMNO pasti boleh hidup. Akar umbi kembali yakin kepada pimpinan setelah kepimpinan Zahid yang penuh kelemahan. Tetapi Zahid sanggupkah berikan kuasa kepada Najib semula? UMNO pula memang dah tiada pemimpin pelapiskah? DAP pula? Sanggupkah diam membiarkan Najib bebas?

9. Jikalau Najib tidak bebas pula, DAP pasti gembira. Kerana masih dilihat berprinsip. Tetapi UMNO pula akan terus terjerumus dalam lembah kemerosotan. Tiada pemimpin berwibawa yang boleh menyatukan UMNO. Bahkan UMNO pasti terpecah dua. Tidak semua orang UMNO sanggup menjadi balaci Anwar dan DAP. Mereka pasti tarik sokongan mereka terhadap kerajaan.

10. Begitulah berselirat dan serabutnya masalah kerajaan "perpaduan" ini. Dibina atas dasar yang sempit. Maka pastinya matinya kerajaan ini dalam keadaan sempit jua.

Dr. Palatao
Kuala pilah
27.4.2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo