NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tidak bersalah, kata Muhyiddin selepas disoal SPRM



PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang, apabila ditemui pemberita selepas keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Saya sekadar melaksanakan keputusan Jemaah Menteri yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan.

“Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.”

dikatakan mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau turut disoal tentang rayuan pembatalan cukai daripada sebuah yayasan.

Beliau berkata rayuan itu dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kemudiannya diluluskan.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah,” katanya.

Muhyiddin dibebaskan SPRM selepas sembilan jam disoal. Presiden Bersatu itu ditahan SPRM pada 1 petang tadi selepas dipanggil untuk diambil keterangan.

SPRM memaklumkan ia mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok.


Sumber | FMT Malaysia




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo