NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amiruddin yakin rakyat Selangor masih pilih PH, undi Cina jadi penentu

KLANG: Rakyat Selangor dikatakan masih menyokong Pakatan Harapan (PH) termasuk dalam kalangan pengundi Melayu sekaligus memberi keyakinan kepada parti itu untuk terus kekal mentadbir negeri ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dapatan tersebut diperolehi sepanjang tinjauannya terhadap pandangan rakyat dalam pelbagai program rasmi dan tidak rasmi peringkat negeri.

“Malah, kajian yang dibuat Dr. Ong Kian Meng (Bendahari DAP Selangor) mendapati undi bukan Melayu ke atas PH agak tinggi (pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu).

“Selain itu, undi orang Melayu juga tinggi untuk kita. Kalau tidak, tak kan kita menang di Parlimen Gombak dan Ampang pada November lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2023, hari ini.

Pada November lalu, PH berjaya memenangi 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor manakala selebihnya pula dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Justeru, Amirudin mengakui masih banyak yang dilakukan untuk memenangi kerusi di bahagian Selangor utara, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu.

Bagaimanapun, beliau yakin kelebihan PH sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan diyakini dapat membantu PH dapat menawan semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas sebelum ini seperti di Batang Kali dan Jeram.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa partinya masih berunding dengan Amirudin berhubung jumlah kerusi yang bakal mereka akan pada PRN kelak.

“Rundingan masih dijalankan tapi kami harap dapat lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya yang lalu. Apapun, saya meletakkan sasaran kepada DAP Selangor, iaitu mereka perlu mempertahankan 16 kerusi DUN Selangor yang dimenangi mereka sebelum ini,” tegasnya. – UTUSAN

( Hide )
  1. ada seorang mb kata orang cina menjadi penentu, adakah orang melayu bergantung nasib pada orang cina, yang menentukan hala tuju politik melayu, terringat satu kuasa besar tapi hala tuju politik atau hala tuju negera di tentu puak itu, orang melayu jangan jadi seperti itu, orang melayu pumya jati diri dan pegangan hidup iaitu islam, ayuh melayu bersatu atas islam dan tolak ism2 yang bukan dari islam, prn negeri menjadi pemangkinnya, cina bersatu atas nama dap, melayu bersatu atas nama islam, jangan melayu dipecah2kan akibatnya sama telah tahu

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo