NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

REZEKI ORANG KEDAH




Penantian empat dekad kini berakhir.

Ramai rakyat Kedah sekarang berjaya memiliki geran tanah sendiri.

Hasrat MB Kedah untuk memastikan semua pemohon yang telah lama memohon untuk diberi geran hak milik oleh kerajaan negeri juga sedikit demi sedikit telah tercapai.

“Rakyat setidak-tidaknya bukan menjadi penumpang di bumi tumpah darahnya. Sekurang-kurang dia ada sekeping geran tanah untuk diwariskan kepada anak-anak dan isteri setelah dia tiada nanti.”-YAB Dato' Sanusi


Menurut YAB Dato’ Sanusi, jumlah keseluruhan tanah yang diluluskan adalah 9106 tanah daripada 10937 permohonan yang diterima bagi tahun 2015 hingga September 2022.

Dalam tahun ini sahaja, sudah lebih 200 individu telah menerima geran hak milik tanah. Boleh rujuk page UPDA untuk maklumat lanjut.

12 Januari 2023: 73 Penduduk Daerah Kubang Pasu Terima Geran
30 Januari 2023: 119 Penduduk Daerah Baling Terima Geran Tanah
2 Februari 2023: 65 Penduduk Daerah Langkawi Terima Geran Tanah

Insya-Allah, dengan komitmen kerajaan negeri ini, tidak akan ada lagi penduduk di mana-mana bahagian dalam negeri kedah yang berasal, membesar, berbudaya dan bergaul di bumi negeri itu yang tidak ada tanah untuk mendirikan rumah.

Tidak kira sesiapa sahaja anak Kedah, mereka akan mendapat hak yang dijanjikan oleh undang-undang dan perlembagaan.

Kini rakyat terutama peneroka tanah dapat mengusahakan tanah mereka dengan tenang untuk anak cucu akan datang.

Tahniah kerajaan Kedah kerana berjaya selesaikan isu yang puluhan tahun tak dapat diselesaikan! Semoga dikekalkan kerajaan negeri yang stabil dan adil ini supaya lebih banyak nikmat dapat diperoleh rakyat.

‘Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti.’

YB Ustaz Nurul Amin Hamid 
Ketua Pemuda PAS Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo