NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manifesto pemansuhan hutang PTPTN B40 tidak diterima pakai dalam Kerajaan sekarang - Khaled Nordin



SHAH ALAM - Kerajaan belum mempunyai perancangan untuk memansuhkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jelasnya, kesemua blok politik yang pernah menjadi kerajaan, sama ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) tidak pernah membuat keputusan untuk menghapuskan hutang PTPTN ketika memerintah.

"Saya juga menekankan bahawa kerajaan sedia ada adalah Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan pelbagai parti politik.

"Kerajaan memutuskan untuk menerima pakai sebarang manifesto pelbagai parti politik tersebut yang sama atau serupa sahaja.

 "Bagaimanapun, tidak semua parti politik yang membentuk kerajaan sedia ada menawarkan perkara sama berkenaan PTPTN," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan lisan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkenaan pemansuhan pinjaman tersebut.

Namun, tambah Mohamed Khaled, kerajaan akan mengambil kira keupayaan kewangan dan kelangsungan PTPTN dalam membuat sebarang keputusan berkenaannya.

"Oleh hal demikian, saya menyeru dan memohon kepada semua ahli dan parti politik dari pihak atau blok mana sekalipun untuk berhenti mempolitikkan PTPTN," ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa berdasarkan unjuran atau anggaran awal cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan jumlah pemansuhan atau pelupusan sebanyak RM42.34 bilion.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan peminjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman.

"Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif yang dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam daripada golongan miskin dan isi rumah B40.

"Antara lain, penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan dan penstrukturan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

"Selain itu, pemberian diskaun bayaran balik sekiranya dilakukan bayaran secara sekaligus dengan penuh serta bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian untuk memberi ruang kepada mereka membuat persediaan sewajarnya, dan memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik," katanya.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Ohhhh jadi ph tak boleh mansuh pptn sebab ameno jahid tak setuju la...
    Keparat punya jawapan.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo