NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Istana Sabah arah parti bertelagah serah SD

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dilihat memasuki istana negeri pada 4.30 petang tadi, dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri bagi menyerahkan akuan bersumpah yang menyokongnya. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Istana Sabah meminta ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyuarakan pendirian siapa yang mereka sokong sebagai ketua menteri, menurut sumber.

“Wakil rakyat GRS diminta menyerahkan SD mereka kepada Yang di-Pertua (TYT) Sabah untuk menyatakan siapa yang mereka sokong sebagai ketua menteri,” kata sumber GRS kepada FMT.

Hajiji dilihat memasuki istana negeri pada 4.30 petang tadi, dipercayai untuk menghadap TYT bagi menyerahkan akuan bersumpah (SD) menyokongnya.

Tidak jelas sama ada parti politik lain yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri diminta berbuat demikian.

Tidak diketahui sama ada ADUN BN Sabah dan Warisan turut diminta pihak istana berbuat demikian kerana dua pihak itu setakat ini masih berdiam diri mengenainya.

Terdahulu, Setiausaha Perhubungan negeri, Abdul Rashid Mohd Tahir hari ini berkata, istana akan menghubungi ADUN tidak lama lagi untuk menyatakan pendirian mereka menyokong siapa sebagai ketua menteri.

Walaupun BN Sabah dan sekutu baharu mereka, Warisan tidak menyatakan mereka mempunyai jumlah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, tetapi Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin dan Presiden Warisan, Shafie Apdal menggesa Hajiji Noor meletak jawatan ketua menteri.

Mereka membuat gesaan itu atas alasan pelantikan Hajiji sebagai ketua menteri tidak sah kerana beliau tidak mempunyai majoriti, seperti diperuntukkan dalam perlembagaan negeri.

Tetapi, pihak Hajiji menyangkalnya dengan berkata, Bung dan Shafie salah faham mengenai undang-undang kerana mereka hanya memilih bahagian yang sepadan naratif mereka sambil mengabaikan butiran lain dalam undang-undang.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo