NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Had laju Jalan Persekutuan diturunkan kepada 80km/j mulai esok sempena cuti Tahun Baru Cina

DENGKIL: Had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan 10 kilometer per jam (km/j) menjadikan had laju Jalan Persekutuan daripada 90 km/j kepada 80 km/j berkuat kuasa mulai esok hingga 27 Januari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pewartaan pengurangan had laju sementara itu merupakan antara langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku di musim perayaan.

“Justeru, Kementerian Kerja Raya (KKR) turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan.

“Bagi memastikan pemantauan yang lebih menyeluruh, kerjasama berterusan akan sentiasa dijalankan oleh syarikat pengendali lebuh raya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM seperti perkongsian data juga statistik yang lebih strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, di sini hari ini.

Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan itu akan bermula dari 18 hingga 28 Januari ini dengan melibatkan pelbagai agensi di bawah KKR dan MOT.

Beliau berkata, KKR melalui JKR akan berterusan memantau lokasi-lokasi kerap berlaku kemalangan (black spot) yang telah dikenal pasti bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Pihak kementerian mengenal pasti sebanyak 76 black spot bagi tahun ini dan susulan itu pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengamalkan sikap lebih berhati-hati dan berhemah semasa memandu di lokasi itu. 

“Daripada angka tersebut, sebanyak 53 lokasi melibatkan jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara telah dibaiki pada tahun lalu dengan melibatkan kos berjumlah RM17.2 juta,” jelas beliau.

Tambahnya, pembaikan yang dilaksanakan itu adalah bersifat penyelesaian kos rendah dan berimpak tinggi.

“Bagi rekod pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap yang telah dilaksanakan di jalan-jalan Persekutuan seluruh negara tahun lalu, sebanyak 40 lokasi telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan dengan kos berjumlah RM4.7 juta.

“Program ini akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini supaya aspek keselamatan jalan raya dapat dipertingkatkan,” katanya. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo