NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syahir Sulaiman ‘sekolahkan’ Rafizi pasal Pasaran Tak Rasional


Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman menggesa Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menangani ketidakseimbangan dan gangguan pasaran dalam usaha kerajaan menangani inflasi.

Semalam, Rafizi berkata usaha untuk menangani inflasi perlu melibatkan semua pihak, termasuk peniaga dan juga pengguna.

Kata menteri ekonomi itu, pengguna turut menjadi sebab harga makanan terus meningkat di negara ini apabila orang ramai terus membeli dan membayar pada harga lebih tinggi yang dikenakan peniaga.

Bagaimanapun, Syahir hari ini berkata konsep "penawaran dan permintaan" hanya terpakai kepada pasaran rasional.

"Namun YB Rafizi pasti tahu pasaran hari ini tidak rasional, banyak gangguan, banyak kejutan, banyak ketidakseimbangan.

"Justeru sebagai menteri, jawapan yang lebih rasional ialah nyatakan langkah bersepadu di pihak kerajaan untuk tangani segala gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran.

"Pertama, apakah pendirian kerajaan terhadap monopoli, kartel dan kuota? Apakah langkah kerajaan terhadap pembekal yang menyorokkan stok bekalan?

"Apakah langkah awal kerajaan untuk tangani kekurangan bekalan akibat musim hujan ataupun kemarau," soalnya pada satu kenyataan.

Syahir juga menyoal apakah langkah awal kerajaan untuk menangani kekurangan bekalan seperti ayam, telur, tepung, gula, minyak masak akibat peningkatan mendadak permintaan pada musim perayaan, sama ada Tahun Baru Cina mahupun Hari Raya Aidilfitri.

Semalam, Rafizi berkata jika pengguna tidak membeli atau menggunakan barangan yang mengalami kenaikan harga secara tidak wajar, peniaga dan pembekal akan merasakan mereka tidak patut menaikkan harga secara sewenang-wenangnya.

Menurut menteri itu, data dimilikinya menunjukkan faktor utama berkaitan kenaikan harga adalah ketidakanjalan dalam aspek permintaan.

Sesuatu produk dianggap "tidak anjal" oleh ahli ekonomi apabila walaupun mengalami kenaikan harga, pengguna tetap membelinya pada jumlah yang sama.

Keanjalan ialah ukuran ekonomi tentang betapa sensitifnya satu faktor ekonomi apabila sepadan dengan perubahan dalam faktor lain.

Dengan kadar inflasi empat peratus bagi November, harga makanan dan minuman bukan alkohol tetap menunjukkan trend peningkatan, kekal melebihi kadar tujuh peratus dan mengalami peningkatan dalam indeks harga pengguna.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo