NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perancis mara ke final kali kedua berturut-turut


DOHA :
Juara bertahan, Perancis mara ke pentas final  Piala Dunia 2022 setelah menewaskan Maghribi, 2-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Al Bayt, sebentar tadi.

Kemenangan ini menyaksikan Les Blues akan tampil di pentas final buat kali kedua berturut-turut selepas melakukannya pada 2018 dengan gelaran kejuaraan menewaskan Croatia, 4-2.

Turun dengan reputasi pasukan pilihan, Perancis tidak menunggu lama untuk berada didepan apabila rembatan Theo Hernandez berjaya menewaskan penjaga gawang lawan, Yassine Bounou pada minit kelima.

Gol tersebut nyata tidak melemahkan semangat pemain Maghribi yang memiliki peluang terbaik namun percubaan Jawad El Yamiq terkena tiang.

Perancis nyaris menambah gol kedua menerusi penyerang AC Milan, Giroud namun rembatannya juga terkena tiang untuk menyaksikan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Perancis mula mempamerkan corak permainan berbeza apabila mula bangkit dengan lebih garang dan kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan menerusi kelincahan Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Hakim Ziyech dan Youssef En-Nesyri antara pemain Maghribi paling rajin dalam padang namun masih gagal memecahkan benteng pertahanan Perancis yang diterajui Youssouf Fofana, Ibrahima Konate dan Raphael Varane.

Ketika Maghribi yang melakar sejarah manis di pentas Piala Dunia 2022, rancak mencari jaringan penyamaan, serangan balas Perancis menerusi peranan Kylian Mbappe membuka ruang buat Randal Koli Muani meledak gol kedua pada minit ke-79.

Jaringan tersebut juga telah memusnahkan harapan penyokong Singa Atlas untuk melihat negara mereka beraksi di final Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Kejayaan menewaskan wakil sulung Afrika itu menyaksikan skuad bimbingan Didier Deschamps mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut dan akan mengadakan perhitungan kejuaraan menentang Argentina yang menewaskan Croatia, 3-0 awal pagi semalam. -AGENSI


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo