NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO pro-Najib mahu siasatan terhadap Nazlan dinyahklasifikasi dan tuntut bebaskan 'Bossku'


Gabungan NGO yang dikenali sebagai ‘Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Dato Sri Najib’ memohon semakan dan nyahklasifikasi laporan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika membaca memorandum mereka di luar pintu Parlimen, jurucakap NGO itu Lokman Noor Adam mendakwa Nazlan mempunyai "konflik kepentingan" ketika mengadili perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib. Dia mendakwa sabitan bersalah terhadap Najib adalah "dirancang".

Lokman menambah siasatan SPRM mendapati Nazlan boleh didakwa di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan, berkaitan hakim yang "melakukan rasuah atau berniat jahat menyebabkan mana-mana orang dibicarakan atau dikurung".

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Beberapa wakil memasuki kawasan parlimen untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo