NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MIC putuskan tolak jawatan Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: MIC tidak akan menerima jawatan Timbalan Menteri yang berperanan membantu Kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, R T Rajasekaran.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada hari ini, selain menghormati pilihan pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"MIC mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. MIC juga merakamkan sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

"Semoga Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini memaklumkan calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo