NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno kena bertolak ansur dengan perangai dan agenda Dap

Mahu tidak mahu, dah menjadi keluarga, bukan kaleng-kaleng punya hubungan. Persahabatan biasa ada batas dan had tertentu, tapi jika sudah memertarai jalinan kasih sayang sudah tentu ruangan had dan batasan terbuka luas. Jika dulu hanya boleh bertenggek atas lambur sahaja, sekarang dah boleh penjang dalam bilik.

Umno kena telan walaupun pahit. BERSATU sebelum ini yang dianggap dajal kepada Umno pun tidak sanggup bersekongkol dengan Dap lalu keluar dari kerjaan PH 22 bulan. Jadi kali ini umno kena bersedia terima dan layan kehendak-kehendak Dap.

Kompenen lain dalam PH rasanya tidaklah bermasalah mana sebab mereka terutamanya Amanah, dia ni akan turut apa sahaja dap tetapkan dan arahankan. Budak suruhan lah katankan. Tinggal lagi PKR, parti serpihan umno dulu, kini sudah mampu menjadi boss kepada umno. 

Orang umno sangat benci dan meluat terhadap Anwar Ibrahim zaman awal reformasi 1998 dulu, tapi itu dulu. Sekarang Presiden Umno pula menumpang Anwar. Hidup mati politik dia sangat bergantung kepada Anwar sekarang ini.

Penyokong akar umbi umno kena patuh sekarang ini. Presiden umno dah tolong Anwar jadi Perdana Menteri ke-10, jadi dia kena terima semua benda yang sebelum ini mustahil jika dipikirkan secara waras.  Anwar, dap, komusnis, pelampau agama dalam dap dan lain-lain.

Jangan bicara pasal melayu ketika ini, umno dah kelu, jangan bicara pasal bahasa ibunda, umno dah terkunci, jangan bicara pasal Mat Kilau, Chin Peng dah jadi pahlawan bangsa yang terpaksa umno  banggakan hari ini.

Semuanya umno kena terima dengan paksa, atau bahasa lembutnya umno kena bertolak ansur dengan apa karenah-karenah PH terutamanya dap. Ceramah-ceramah Anwar sebelum ini kata umno penyamun, perakus harta negara, perasuah penjahanam negara, kini umno selamat dan terlepas dari cacian.

Tinggal lagi bagaimana umno kena berkerja kuat menyakinkan ahli dan penyokongnya, komunis ini adalah pahlawan negara, pejuang kemerdekaan negara, Chin Peng bukan penganas, dia ning adalah penjuang bangsa kita yang sebenar-benarnya.

Umno kena terima sejak Ching mati pada tahun 2013, mayatnya dihalang dibawa balik ke Malaysia oleh kerajaan Malaysia waktu itu. Selepas enam tahun barulah abu mayat 'Ong Boon Hua' berjaya dibenarkan dibawa masuk untuk disemadikan dilautan dan banjaran Titiwangsa. Itu pun selepas Umno kalah teruk Pru-14.

Umno kena beritahu penyokongnya bahawasanya Chin Peng bukan seperti umno paham dahulu. Pemimpin umno dulu tersilap menulis sejarah. Jika ada desakan dari Dap hendak menulis semula sejarah kemerdekaan negara, umno kena bantu dap untuk menjayakan misi ini.

Umno Pahang, Perak , Johor, Melaka terutamanya kena buka ruang dalam pentadbiran negeri, pbt, glc sehinggalah di JPKK di segenap ceruk kampung. Di Johor dap sudah minta wakil mereka dibenarkan menjadi ahli mesyuarat Jawatankuasa pembangunan tanah daerah. 

Umno Pahang juga kena mengalah denga Dap kes puluhan ribu tanah haram di Bentong yang diterokai jutawan-jutawan cina dap yang menjadi agenda besar mereka di Pahang. Dap akan masuk dengan apa jua cara sekali pun. Benteng halangan mereka sudah roboh.

Inilah peluang dan masanya, setelah agenda besar , kesumat kehendak mereka tergangguh kerana jatuh kerajaan PH 22 bulan mereka. Isu pengiktirafan Sijil peperiksaan sekolah menengah cina UEC yang didesak dan sudah menjadi sebahgian menifesto PH Pru-15. Kita sedia maklum siapa di belakang isu ini.

Belum pun menteri-menteri kabinet dilantik, Persatuan Sekolah Cina Malaysia Dong Zong segera menuntut pengiktirafan UEC ini. Mereka juga mendesak peruntukan sekolah cina dapat diinstitusikan . Jika boleh mereka nak Menteri Pendidikan ini dari kalangan mereka.

Jadi semua benda diatas hanyalah sebahagian daripada agenda dap yang umno tidak boleh lari demi nak kekalkan kuasa yang ada. Yelah, dah kalah teruk di Persekuatuan, boleh jadi kerajaan lagi dengan pertolong dap, di Pahang boleh jadi MB dan kerajaan lagi, di Perak pun sama, jadi umno kenalah bertolak ansur dalam hal-hal kehendak dap. Umno tidak boleh lari dan kena fahamkam ahli agar menerimanya apa yang berlaku.

○ Naraza Muda | 29 November 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo