NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Mohd Fazmi lapor polis penyebaran audio palsu


SHAH ALAM:
Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad menyifatkan penularan audio palsu yang membabitkannya sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik.

Syed Mohd Fazmi dalam satu kenyataan pada Jumaat turut menafikan bahawa rakaman audio yang tular itu adalah suaranya.

“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik.

"Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada perdana menteri kesembilan,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan penyebaran audio palsu itu sebagai konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, Syed Mohd Fazmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman itu adalah satu fitnah jahat.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” jelasnya. -Sinar Harian







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo