NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat PN setuju calonkan Anwar PM ke-10 fitnah



BANGI, 21 Rabiulakhir 1444H, Rabu
– Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan surat tular mendakwa gabungan berkenaan bersetuju untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau dalam kenyataan ringkas di Facebook hari ini menegaskan, PN tidak pernah membuat sebarang persetujuan dengan mana-mana parti lain berkaitan calon Perdana Menteri.

“Surat yang tular ini adalah palsu. Tiada apa-apa persetujuan di antara Perikatan Nasional dan mana-mana parti lain,” katanya.

Surat bernombor rujukan bertarikh 23 Februari itu menyebut mengenai persetujuan mencalon Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Surat yang beralamatkan kepada Presiden PKR itu menyatakan perbincangan kerjasama antara PN dan PKR diadakan demi menyelamat negara daripada terus dirosakkan oleh UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Bukan sahaja bersetuju menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, surat berkenaan juga merancang mengadakan mesyuarat pembahagian kerusi bagi memperkukuhkan hubungan politik antara PN-PKR setelah berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Sekiranya pembahagian kerusi dapat dimuktamadkan lebih awal, maka persediaan ke arah PRU akan dapat disusun dengan lebih teratur,” dakwa surat yang turut mempunyai tandatangan Muhyiddin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo