NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

South Dakota haramkan penggunaan TikTok di kalangan kakitangan kerajaan atas risiko keselamatan

TikTok menjadi bahan perbualan hangat media sosial Malaysia minggu ini berikut insiden video berunsur perkauman yang dimuat naik pengguna pasca PRU15. Pihak SKMM segera mengeluarkan kenyataan mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik video yang boleh menimbulkan ketegangan dengan tindakan tegas akan diambil.

Pada waktu yang sama TikTok juga menjadi topik perbualan di Amerika Syarikat dengan beberapa ahli politik di negara tersebut yang ingin aplikasi diharamkan atas risiko keselamatan. Di South Dakota, governor Kristi Noem telah mengeluarkan arahan eksekutif yang menghalang kakitangan kerajaan daripada menggunakan TikTok pada peranti kerja yang digunakan.

Noem mendakwa, data pengguna boleh dikumpul dengan ia kemudian dikongsi dengan Parti Komunis China dengan ia turut menjadi platform yang digunakan untuk memanipulasi rakyat Amerika Syarikat.

Sebelum ini TikTok telahpun memindahkan data pengguna dari Amerika Syarikat ke pelayan milik Oracle. Mereka juga telah beberapa kali menafikan dakwaan data dikongsi dengan kerajaan China. 

Ini ialah isu utama yang menyebabkan Presiden Trump mengarahkan Bytedance menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat . Penjualan ini tidak diteruskan selepas Trump kalah dalam pilihanraya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo