NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Selamat Tinggal Umno’ menjalar ke Rantau Panjang


RANTAU PANJANG:
Fenomena ‘Selamat Tinggal Umno’ bukan sahaja berlaku di Bachok dan Kubang Kerian, sebaliknya turut menjalar ke Parlimen Rantau Panjang.

Ketua Muslimat PAS Kelantan Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, beberapa Unit Daerah Mengundi (UDM) Umno di beberapa DUN terutamanya Apam Putra, di mana ramai mengisytihar keluar daripada Umno.

Katanya, mereka berpendapat tiada gunanya lagi bersama dengan Umno ekoran perkembangan politik yang berlaku sekarang.

“Mereka menganggap politik Umno tidak lagi bersih apabila ramai pemimpin Umno dihadap ke mahkamah atas dakwaan rasuah dan penyelewengan dana kerajaan.

“Kita tidak paksa mereka, namun mereka sukarela hadir pada program anjuran PAS. Mereka mahu pilih sebuah kerajaan yang benar-benar bersih.

“Apa yang jelas mereka tidak suka pemimpin yang terbabit dengan amalan rasuah,” ketika ditemui di sini semalam.

Siti Zailah yang juga calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Rantau Panjang berkata, pengisytiharan keluar Umno sebelum ini berlaku di UDM Nibong, UDM Ipoh, Pengkalan Machang dan beberapa lagi.

Menurutnya juga sebelum ini mereka merupakan penyokong kuat Umno di UDM terbabit. – HARAKAHDAILY 13/11/2022




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo