NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rina beralih angin ke Sepang


PETALING JAYA:
Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun akan bertanding di kerusi Parlimen Sepang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menerusi program Jelajah Prihatin Parlimen Sepang.

“Sah ini presiden (Bersatu) yang bercakap. Rina sudah jadi menteri, saya fikir sudah diterima baik di sini. Wajarlah malam ini saya umumkan,” katanya dalam program yang turut dihadiri Pengerusi PN Selangor, Azmin Ali dan Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin.

Setakat ini, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan mencalonkan Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah al-Jundi dan Pejuang pula mempertaruhkan Ketua Wanitanya, Che Asmah Ibrahim di kerusi itu, yang dimenangi Hanipa Maidin daripada Amanah pada 2013 dan 2018.

Rina yang juga ketua Wanita Bersatu Sepang pernah mengetuai Puteri Umno Bahagian Sepang sebelum menyertai Bersatu.

Pada PRU14, Rina yang bertanding ketika Bersatu masih bersama PH, memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa dengan majoriti 4,139 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Johari Ghani dan calon PAS, Mohamad Noor Mohamad.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo