NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Razman, Zainol Fadzi calon menteri besar PN di Perak? Rasanya PAS bagi Bersatu Jika PAS dapat Perlis dan Pahang


Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan Setiausaha Bersatu negeri Zainol Fadzi Paharudin antara calon menteri besar Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

Pengerusi PN Perak Ahmad Faizal Azumu berkata mereka berdua antara pihak yang boleh dinamakan untuk memikul tanggungjawab itu jika mereka menang dalam pilihan raya umum minggu depan.

“Nama yang kita sedia kenali, yang dah berpengelaman sebagi exco negeri–Datuk Zainol Paharudin dan Razman Zakaria. Ini antara yang kita akan ketengahkan,” katanya. 

Ahmad Faizal bagaimanapun berkata kesemua 59 calon PN di Perak layak dan mampu menjadi menteri besar.

Dia bagaimanapun berkata perkara itu akan ditentukan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

“(Kita) tak nak terjadi penderhakaan kepada sultan dalam tunjukkan calon menteri besar kita,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo