NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Poster Jamil Khir disimbah cat hitam


Poster calon BN Parlimen Jerai, Jamil Khir Baharom didapati disimbah cat hitam dalam kejadian di Yan, Kedah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.35 tengah malam tadi.

Menurutnya, laporan dibuat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat cat hitam disimbah pada wajah calon di poster tersebut.

"Siasatan masih dijalankan dengan kami meminta mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberikan maklumat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, kejadian itu berlaku di lokasi yang agak gelap serta tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV).

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya.

Sementara itu Shahnaz menasihati semua pihak mematuhi undang-undang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen.

"Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan sebarang provokasi yang mungkin boleh mencetuskan suasana tidak sihat menjelang hari pengundian," katanya.

Untuk rekod, Jamil Khir merupakan ketua Umno Kedah dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo