NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Personaliti media sosial nak saman calon BN Pengkalan Chepa


Seorang personaliti media sosial, Liyana Marzuki berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin berhubung isu ijazah kedoktoran palsu.

Liyana berkata, pendedahan dia sebelum ini hanya menuntut penjelasan calon BN itu dan tidak berniat untuk memfitnah.

Sementara itu, semakan Malaysiakini di laman Pangkalan Data Pendidikan Tinggi Indonesia mendapati terdapat calon bernama "Mohd Hafiezulniezam" dengan status "hilang".

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia adalah orang yang sama atau mempunyai nama yang sama.

Namun, hari ini apa yang didedahkannya itu terbukti bukanlah suatu fitnah apabila universiti berkenaan mengesahkan sendiri status pendidikan Mohd Hafiezulniezam.

"Laporan polis ingin dibuat kerana dua kali dia (calon BN) membuat laporan polis palsu. Saya juga ingin saman kerana dia kata saya pemfitnah. Bahkan laporan polis dibuatnya juga ada nama saya," kepada Malaysiakini.

Semalam, calon BN bagi kawasan parlimen Pengkalan Chepa mendakwa "kebenaran terbukti" dan tidak ada lagi timbul isu dia mengelirukan orang ramai dengan gelaran doktornya.

Mohd Hafiezulniezam juga menyifatkan "fitnah" itu terjawab apabila universiti tempat dia belajar “mengiktiraf” ijazahnya

Bahkan dia juga mendakwa merupakan alumni unversiti terbabit.

Bagaimanapun hari ini Liyana di laman sosial Facebooknya mendedahkan bukti dari Universitas Gajah Mada (UGM) bahawa calon berkenaan tidak menamatkan pengajian.

Dia juga turut menyemak pangkalan data Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia yang turur merekodkan calon berkenaan belum pengajian.

Liyana mengancam untuk membuat laporan polis jika tiada kenyataan dan bukti daripada Mohd Hafiezulniezam dalam tempoh 24 jam.

"Semoga jadi pengajaran kepada calon wakil rakyat santuni pertanyaan pengundi. Bukan dengan ugut saman dan lapor polis.

"Saya aktivis politik. Bukan orang parti Pakatan Harapan (PH) Dan Perikatan Nasional (PN) punya doktor pun saya tanya. Sebab ada isu juga," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo