NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Terengganu lulus RM20 juta bina lapan masjid


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah pada Mesyuarat Kedua Penggal Lima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman. NSTP/Ghazali Kori
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah pada Mesyuarat Kedua Penggal Lima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman. NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri meluluskan RM20 juta untuk pembinaan lapan masjid baharu di enam daerah di negeri ini, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah, berkata masjid baharu yang akan dibina adalah masing-masing di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Katanya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM4.5 juta untuk melakukan kerja menyelenggara serta menaik taraf masjid dan surau di seluruh negeri.

"Kerajaan juga menghargai fungsi imam dan bilal serta individu yang penting dalam memastikan masjid serta surau sentiasa diimarahkan.

"Sebagai penghargaan kepada golongan itu, kerajaan negeri bersetuju memberi bayaran sekali bayar sebanyak RM200 kepada 200 imam dan bilal bawah skim mubaligh," katanya ketika ditemui di pekarangan lobi Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Payong, berkata kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun sebanyak RM100 kepada 1,000 imam dan bilal yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Katanya, bagi memantapkan kegiatan dakwah dan pelaksanaan syariah serta menyuburkan aktiviti keilmuan, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250,000 untuk penganjuran Ijtimak Ulama Sedunia tahun depan.

"Kerajaan negeri juga akan membelanjakan RM5 juta untuk pembinaan premis baharu mahkamah tinggi syariah daerah Kemaman.

"Sebanyak RM2 juta lagi diluluskan kerajaan untuk kerja pembinaan awal Mahkamah Rendah Syariah Setiu, selain akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, kerajaan juga akan memilih sebuah masjid di setiap kawasan DUN untuk dijadikan sebagai masjid pusat sehenti membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM640,000.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo