NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa tiba-tiba SPRM mahu menyiasat Rafizi? Bongkar Penipuan Rafizi didedah!



Kenapa tiba-tiba SPRM mahu menyiasat @rafiziramli ? Ikuti bebenang ini. Post asal daripada facebook Abdul Rahim Hilmi Zakariya Ada dua benda janggal dalam 2 akuan bersumpah pengisytiharan harta Rafizi. Satu tahun 2014 lagi tahun 2022.

Tahun 2014, Rafizi isytihar dia ada tunai sebanyak hampir RM700 ribu dalam Tabung Haji, CIMB dan ASB (Rujuk Lampiran A) Pada 2022 pula, Rafizi isytihar dia ada tunai sekitar RM82 ribu sahaja (Rujuk Lampiran B)

 




Benda ini asalnya nampak normal. Tapi bila kita rujuk Lampiran B (Bulatan Biru), didapati Rafizi mengaku telah keluarkan modal tunai RM2.092 juta untuk memulakan Invoke. Dengan kata lain, jika dicampur tunai ditangan, jumlah tunai Rafizi sebenarnya RM2.17 juta.

Bagaimana dalam tempoh 7 tahun, tunai seseorang boleh naik mendadak daripada RM700 ribu kepada RM2.17 juta?. Ini adalah kenaikan hampir RM1.5 juta.

Sedangkan Rafizi mengaku tiada jawatan awam (kecuali ahli parlimen 2013-2018).

Dan tiada rekod Rafizi mempunyai perniagaan lain sepanjang tempoh tersebut.

Sekarang sila rujuk Lampiran C. Pada 2017, Rafizi mengaku menerima sumbangan RM1.58 juta bagi penyelesaian kes saman beliau dengan NFC. Walhal keperluan beliau hanyalah sekitar RM300 ribu sahaja




Maka ke mana baki wang hampir RM1.3 juta tersebut?

Jika anda lihat timeline, adalah sesuatu yang sangat munasabah jika ada orang beranggapan Rafizi menggunakan wang RM1.3 juta tersebut dan tambahan RM700 ribu simpanannya bagi memodalkan Invoke.

Kerana jumlahnya agak selari dengan apa yang sedang berlaku.

Jika benar dana awam digunakan sebagai modal perniagaan peribadi, maka tindakan SPRM menyiasat kes ini adalah bertepatan dengan bidang kuasa mereka. Ia bukan bidang kuasa PDRM.

Mari kita serahkan kepada SPRM kes ini.

Popcorn tambahan:
Aliff Ahmad ingin mendedahkan kisah kerja Rafizi di Petronas. Boleh layari FB beliau untuk rujukan lanjut.


Just in: Gaji terakhir Rafizi hanya RM17,814 dari facebook Aliff Ahmad bukan RM25k seperti didakwa. Rafizi harus upload latest payslip untuk menidakkan bukti ini.

Dah ada orang upload video di Tiktok. Kita tunggu tuan punya badan upload slip gaji. šŸ˜†

















............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo