NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua ilmuwan tarik diri sokong Anwar jadi PM


SHAH ALAM -
Dua bekas ahli akademik menarik diri daripada menyokong Deklarasi dan Seruan G70 Profesor Melayu kepada Rakyat Malaysia Bersempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mereka adalah Dr Ishak Yussof dan Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi.

Koordinator G70 Profesor Melayu, Dr Saadiah Mohamad berkata, nama kedua-dua mereka sebelum ini tersenarai dalam dokumen deklarasi berkenaan yang diumumkan pada Rabu.

"G70 Profesor Melayu telah mengeluarkan nama mereka dalam senarai nama pendukung Deklarasi 70 Profesor Melayu.

"Senarai terkini boleh disemak di laman sesawang: http://g70prof.com," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, G70 Profesor Melayu menerima sambutan baik daripada masyarakat terhadap pendirian menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

"Seluruh rakyat Malaysia perlu memanfaatkan ruang PRU15 untuk memilih kerajaan yang berwibawa dan berintegriti di bawah kepemimpinan Anwar Ibrahim," katanya.

Pada Rabu, media melaporkan Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud berkata, Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian G70 itu tidak mewakili Majlis Profesor Negara (MPN).




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo