NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar tiada modal, minta PN dedah penyata kewangan, kata Muhyiddin


PAGOH:
Muhyiddin Yassin menyifatkan Anwar Ibrahim ketandusan modal untuk kempen pilihan raya umum ke-15, susulan kenyataan terbaharu pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mencabar Perikatan Nasional (PN) mendedahkan penyata akaunnya.

Pengerusi PN itu berkata, tiada apa yang disembunyikan gabungan itu dan penyata akaunnya boleh diakses orang ramai.

“Kita sebagai pertubuhan politik berdaftar, kita patuh kepada undang-undang dan setiap parti mesti ada perhimpunan agung dan dalam perhimpunan agung, antara lain ialah membentangkan penyata tahunan.

“Ia boleh dilihat oleh sesiapa pun kerana ia sudah diaudit, tak tahu kalau PKR tak audit, saya audit betul-betul apa saja perbelanjaan, satu sen, dua sen, RM100, RM200,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Jawa di sini.

Anwar sebelum ini menuduh PN sebagai gabungan politik terkaya ketika ini kerana mendapat banyak projek berbilion ringgit ketika pandemik Covid-19.

Beliau mendakwa Muhyiddin yang menjadi perdana menteri ketika itu, mengeluarkan banyak projek tanpa tender kepada pihak tertentu.

Susulan itu, Muhyiddin mencabar Anwar mendedahkan penyata akaun partinya, yang disahut presiden PKR itu dengan syarat calon PN Parlimen Pagoh itu melakukan perkara sama.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, penyata akaun partinya sudah disahkan dan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).

“Setakat hari ini, tidak ada kenyataan JPPM mengatakan laporan tahunan parti saya ini tak sah, lihatlah di situ,” katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo