NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen BN mahu dipecat agar boleh sokong PM pilihan - Nur Jazlan

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata ahli Parlimen Umno yang melanggar arahan parti untuk beri sokongan kepada calon perdana menteri bukan didokong BN patut meletak jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2022.

AHLI parlimen Barisan Nasional (BN) yang melanggar arahan parti untuk memberi sokongan kepada calon perdana menteri harus meletakkan jawatan dan bukannya mahu dipecat, kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed.

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu berkata ahli Parlimen yang menentang keputusan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkenaan calon perdana menteri sedia untuk dipecat supaya mereka boleh memberi sokongan kepada parti lain tanpa kehilangan status ahli Parlimen.

“Saya menganggap ahli Parlimen BN yang bertentangan dengan presiden mengenai perkara ini secara terbuka sebenarnya ingin dipecat dari parti dengan sengaja supaya mereka dapat menjadi Ahli Parlimen bebas dan supaya mereka dapat memberi sokongan kepada calon perdana menteri yang bukan didokongi BN.

“Saya juga mendesak ahli Parlimen BN ini supaya meletak jawatan sekiranya mereka ikhlas dalam perjuangan politik mereka dan demi kepentingan dan hala tuju Umno dan BN,” kata ketua Umno Bahagian Pulai itu dalam satu kenyataan.

Nur Jazlan menggesa ahli Parlimen yang dipilih untuk mengikut keputusan Zahid sambil menambah mereka sudah menandatangani akujanji yang memberinya mandat untuk memutuskan kerjasama politik apabila mereka dipilih sebagai calon untuk pilihan raya umum.

“Saya sendiri menandatangani ikrar (untuk mengisytiharkan) kerusi yang saya menangi adalah milik parti dan bukan mana-mana individu.

“Saya juga ingin mengingatkan mereka dipilih kerana BN dan mereka masih belum mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Semalam Zahid dan ahli Majlis Tertinggi BN yang lain bersama ahli Parlimen yang dipilih mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) di sebuah Hotel di Kuala Lumpur bagi membincangkan kemungkinan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu dalam membentuk kerajaan akan datang.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim juga berkata gabungan itu sedang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN demi kestabilan negara.

Perikatan Nasional (PN) memenangi 73 kerusi dan juga sedang mencari pakatan untuk menubuhkan kerajaan baharu.

PH dan Barisan Nasional yang mempunyai 30 kerusi mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan keputusan muktamad yang belum diketahui secara rasmi.

PN dalam pada itu mendakwa sudah mendapat sokongan 112 ahli Parlimen dalam bentuk akuan berkanun. – 22 November, 2022.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo