NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1 untuk kamu, 100 untuk aku... Zahid nak bagi komputer riba


Macam biasa janji BN untuk rakyat... bila terdesak macam-macam dijanjikan bila menang nanti tahulah apa rakyat dapat dan apa yang kroni dan anak beranaknya dapat. Banyak wang rakyat telah dirompak tapi masih belum insaf dan rasa bersalah. Jika rakyat undi BN makna rakyat pun sama belum insaf kena kencing.... - Editor

....

SUNGAI BESAR:
Barisan Nasional (BN) sedia memanjangkan pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar M40 dan guru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

“Pelajar M40 dan guru di seluruh negara akan turut menerima bantuan komputer riba percuma untuk pembelajaran dan pengajaran… Ini merupakan maklum balas secara langsung BN terhadap permintaan pengundi,” katanya pada Program Budi Disanjung di Parit 16 Sungai Panjang di sini malam tadi.

Terdahulu, calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Besar Jamal Md Yunos, yang turut hadir pada program itu, berkata pihaknya menerima permohonan daripada guru dan keluarga M40 agar mereka turut diberikan komputer riba bagi tujuan pembelajaran.

BN menampilkan manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) iaitu tawaran baharu kepada rakyat Malaysia yang mengandungi 99 amal dan usaha gabungan politik itu bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.

Antara tawaran itu ialah pemberian komputer riba percuma kepada pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan 5G di semua sekolah.

Ahmad Zahid juga berkata rakyat perlu memberikan mandat yang kuat kepada BN agar sebuah kerajaan stabil dapat ditubuhkan bagi mendepani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.

“Pakar ekonomi menjangkakan kemelesetan ekonomi berlaku pada suku pertama tahun hadapan dan PRU15 yang diadakan pada tahun ini adalah tempoh yang sesuai supaya kerajaan baharu nanti dapat bersedia sepenuhnya,” kata beliau.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo