NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yang penting kuasa bukan jawatan TPM - Nanta


KUCHING:
Soal kuasa yang diperuntukkan untuk timbalan perdana menteri (TPM) adalah lebih penting berbanding hanya diberikan jawatan itu semata-mata, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menyambut baik cadangan jawatan TPM diwujudkan bagi mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, Nanta yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata kuasa seperti meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu adalah lebih signifikan berbanding jawatan.

"Sekiranya ada jawatan itu (TPM) nanti, ia mesti ada portfolio tertentu yang boleh beri keberkesanan pada jawatan itu untuk kebaikan Sarawak dan Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dilaporkan mencadangkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung diwujudkan jika BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid dilaporkan berkata perkara mengenai pelantikan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi mengisi jawatan TPM itu akan dimasukkan dalam manifesto BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo