NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno : Kekeruhan yang perlu dijernihkan

Benda lama jika tidak diselenggara memang mudah rosak.

Rosak yang sedikit jika dibiarkan akan membarah merosakkan keseluruhan.

Itulah yang berlaku kepada UMNO.

Lebih 60 tahun UMNO duduk senang memegang tampuk pemerintahan tanpa membaiki kerosakannya sehingga rakyat hilang keyakinan terhadap kemampuan UMNO dalam mentadbir negara.

Mungkin orang politik lupa bahawa rakyat semakin bijak, semakin berani dan semakin prihatin. 

Masalah rasuah yang membarah, individu yang gila kuasa, skandal yang tidak berkesudahan menghantui pemerintahan UMNO sehingga menjejaskan kestabilan kerajaan ketika itu.

Ada orang sudah terhantuk baru tengadah. Ada yang tetap tidak berubah.

Budaya lama seolah-olah masih kukuh dalam UMNO walaupun ia menjadi punca kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Bahkan sekarang UMNO semakin angkuh dan sombong. 

Dilaungkan slogan ‘kestabilan dan kemakmuran’ setelah mereka sendiri melakukan kekacauan.

Ironi bagaimana kerajaan campuran yang dipimpin oleh Perdana Menteri UMNO ditumbangkan oleh UMNO sendiri.

Sehingga rakyat tertanya-tanya negara dipimpin oleh Perdana Menteri atau Presiden UMNO yang sedang dibicarakan?

Rakyat tidak mahu sebuah parti yang menjadi hak milik peribadi. Rakyat tidak mahu parti yang bergerak demi menjaga individu. 

Bagaimana mungkin sebuah parti yang sedang bergolak, yang hanya mengikut telunjuk Presiden ini boleh diyakini untuk mentadbir negara?

Individu-individu yang rosak ini akan merosakkan UMNO. 

Pemimpin dan parti yang tidak bersih tidak akan mampu menghasilkan kestabilan.

Rakyat wajar untuk ada kerisauan kerana kerosakan yang berlaku di dalam UMNO akan memberi kesan kepada pengurusan negara jika ia terus dibiarkan.

Rakyat sudah membuat pilihan pada PRU-14. Rakyat juga berhak memilih kerajaan yang lebih bersih dan menjamin kestabilan negara bagi PRU-15.

#BersihdanStabil 
#PRUZahid

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo