NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Pa, Ikmal guna logo PAS pada PRU15

Dua calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, akan menggunakan logo PAS pada PRU15.

KOTA BHARU: Dua calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, akan menggunakan logo PAS pada PRU15.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selaras hasil mesyuarat, baru-baru ini, yang memutuskan calon di Kelantan menggunakan logo PAS.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad V, di sini, malam tadi. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR


"Saya nak minta semua keluar mengundi beramai-ramai. Kalau di Kelantan, pangkah PAS, janji menang.

"Calon BERSATU iaitu Tok Pa dan Ikmal Hisham pun pakai logo PAS, pakat pangkah mereka. Isu logo tidak menjadi masalah, asalkan kami menang," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad V, di sini, lewat malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Media sebelum ini melaporkan, PAS mengumumkan akan menggunakan lambang parti itu untuk tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, memandang rakyat sudah biasa dengan logo bulan.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo