NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setelah tersingkir calon AMANAH, Husam keluar parti masuk PKR sebagai calon Pasir Mas


Bekas naib presiden Amanah Husam Musa akan bertanding sebagai calon PKR di Pasir Mas, Kelantan.

Perkara itu diumumkan pada majlis pengumuman calon PKR di Ampang, malam ini.

Ketika ditanya mengenai keanggotaan partinya, Husam menjawab pemimpin Amanah telah dimaklumkan mengenai keputusannya “berpindah kepada PKR.”

“Keahlian, saya kena isi borang PKR,” katanya.

“Akan masuk (PKR),” jelasnya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengeluarkan kenyataan mengimbau persahabatannya yang lama dengan Husam sejak di zaman siswa.

"Justeru saya cukup mengenalinya. Husam ulat buku. Bacaannya luas sekali. Oleh demikian idea banyak, ori dan segar. Dalam beberapa hal agak mendahului zaman.

"Amalannya juga terjaga. Solat dan wirid sangat berdisiplin," katanya.

Menurut Saifuddin lagi hubungannya serasi dengan Husam yang meskipun mengakui pemimpin itu "ada kelemahan."

"Dia juga ada banyak kelebihan. Saya bersyukur akhirnya dapat membantu sedikit sebanyak meredakan 'sedikit ribut' yang beliau hadapi.

"PRU15 ini suatu pentas besar. PH tidak boleh kehilangan Husam," jelasnya lagi.

Pada PRU14, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menang kerusi parlimen Pasir Mas dalam pertandingan empat penjuru meraih 28,080 undi dengan majoriti 13,075.

Ahmad Fadhli menewaskan calon Umno Nor Azmawi Ab Rahman yang memperolehi 15,005 undi dan calon bebas Ibrahim Ali yang mendapat 5,373 undi.

Sementara itu, calon Bersatu Che Ujang Che Daud meraih 5,093 undi.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. Perangai buruk amanah,Dah rasa hebat ,org seperti husam di singkir,ini semua utk mengelakkan husam jadi pesaing mat Sabu dalam amanah..mat Sabu Dah kalah dalam pemilikan amanah di angkat Khalid jadi president,dulu mat Sabu kata president mesti di tukar 2 Tahun sekali.gila jawatan juga,hj hadi versi amanah

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo