NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Annuar tidak dicalonkan hanya khabar angin - Ahmad Jazlan

Ahmad Jazlan berkata beliau telah menghantar senarai calon kerusi Parlimen di Kelantan termasuk Ketereh, dan segala keputusan mengenai calon yang bertanding akan diputuskan Pengerusi BN. - Gambar fail

MACHANG: Dakwaan kononnya penyandang Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah khabar angin, kata Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Ahmad Jazlan berkata beliau telah menghantar senarai calon kerusi Parlimen di Kelantan termasuk Ketereh, dan segala keputusan mengenai calon yang bertanding akan diputuskan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Kelantan yang dihadiri lebih 3,000 penyokong dan pimpinan bahagian negeri di sini hari ini, Ahmad Jazlan berkata BN Kelantan berpotensi memenangi lebih daripada sembilan kerusi Parlimen, yang disasarkan pada PRU15.

"Saya pernah kata kita sasarkan sembilan kerusi, tapi mungkin boleh menang lebih daripada itu sebab sambutan daripada pengundi di negeri ini sangat memberangsangkan," katanya.
Pada PRU14, BN Kelantan memenangi lima daripada 14 kerusi Parlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo