NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penunggang integriti negara

Malaysia tidak pernah ketandusan tokoh-tokoh ini. Sering melaungkan aspek integriti dan bersih walhal langsung tidak akan layak untuk menyebut topik ini. Lantaran mereka sendiri tidaklah bersih sangat.

1) Tokoh pertama, kita ada pelapis 'kleptorat' muda daripada sebuah parti yang membawa ideologi muda meskipun ahlinya ramai yang tua. Berkokok siang malam menunggang kebersihan walhal diri sendiri sedang dibicarakan di mahkamah dengan pertuduhan kes pecah amanah dan penggubahan wang haram hampir 1 juta.

Wow, ada ke duit parti dilaburkan dalam Amanah Saham Bumiputera? Kecil-kecil dah pandai nak gubah wang. Nanti dah 'tua' tak tahu lah. Baru berpolitik sudah terpalit dengan tuduhan. Ish ish.

2) Seterusnya, watak yang paling tidak layak menyebut soal integriti adalah seorang YB terpaling inklusif dan rahmatan. Beliau sering mengujarkan soal good governance dan sebagainya.

Tetapi beliau sendiri tidak amanah dengan posisinya. Apabila posisi yang sepatutnya mengukuhkan lagi kewibawaan dan pengurusan aset Tabung Haji sebagai platform kewangan umat Islan cuba diruntuhkan.

Atas dasar ingin mengadakan reformasi institusi, beliau menggadaikaikan pegangan TH terhadap aset-aset strategik dan memindahmilikkan aset ini kepada Menteri Kewangan. Sedangkan, masih banyak kaedah lain yang boleh dilakukan tanpa mengkompromi pegangan aset ini.

Buktinya? ribuan hektar ladang TH Plantation yang nak dijual pada era pentadbiran beliau atas dasar rugi dan tidak bawa hasil, akhirnya mula mendatangkan hasil hampir 3 kali ganda pada 2022. Ladang ini berjaya dihalang untuk dijual apabila berlaku pertukaran menteri.Ooo rupanya boleh je selesai cara lain. Tak perlu semua benda nak dijual.

Tapi begitulah dia YB terpaling inklusif, sekali dengan aset TH yang diamanahkan kepada beliau pun nak dikongsi bersama orang lain.

3) Sekelompok parti ini sering menunggang sentimen bersih dan tiada campur tangan politik. Tetapi aneh sekali, mereka melantik peguam yang pernah membela ahli politik mereka sebagai peguam negara.

Terbongkar pecah bak nangka busuk segala salah guna kuasa beliau menerusi buku beliau sendiri. Antaranya termasuklah beliau mengakui terlibat di dalam mempengaruhi pemilihan dan penetapan Hakim-Hakim Kanan termasuklah Ketua Hakim Negara. Walhal beliau tiada kuasa berkenaan perkara ini. Kita juga jangan lupa dengan pendakwaan terpilih beliau lakukan antaranya menggugurkan 12 kes berkaitan kumpulan pengganas LTTE. Sedangkan PDRM mempunyai bukti kukuh. 

4) Terowong yang tenang, jangan sangka tiada buaya. Seorang lagi makhluk yang tidak layak berbicara soal integriti adalah mantan Menteri Kewayangan negara.

Si beliau ini telah berdepan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.Antaranya didakwa menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu sebuah syarikat mendapat kontrak projek berkaitan terowong bernilai 6.3 billion ni.Wow dah la terowong tidak siap. Sambil tu dia sempat sedut lagi.

PENUTUP

Begitulah sebahagian rangkuman tokoh penunggang integriti negara. Selama ini mereka sering melabel musuh politik mereka yang terpalit kes mahkamah sebagai sudah bersalah. Walhal kita perlu menunggu keputusan akhir mahkamah.

Mereka begitu sedap menunggang sentimen bersih sehingga lupa mereka sendiri ada kes juga.Seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Hakikatnya, apa yang menjamin kebersihan dan integriti adalah faktor iman dan takwa. Kerana hanya elemen ini yang boleh menjaga hati manusia daripada bersikap tamak dan tidak ikhlas dalam bekerja.

Buktinya? Cuba cari kerajaan mana selama hampir 3 dekad tiada kes rasuah membabitkan pemimpin mereka. Nak dakwa pun tak boleh tuan-tuan yang mulio.

Oleh sebab itu, nak memilih yang bersih, pastikan pilih yang ori lagi terbukti, jangan pilih penunggang integriti.

Zurk Ahmad

#BersihdanStabil 
#MalaysiaSejahtera 
#PASBerintegriti

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid035GcZywvxHFih7JVSwB3LBVnAaNdiD7b6Z5jBNkQ8jwj37Ze4gSZit2ZhAyAc3nrTl&id=100064718314834

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo