NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sabah pupuk hubungan rentasi kaum, agama


SANDAKAN: PAS Sabah mengadakan kunjung hormat ke Kuil Gurdwara Sahib dan Kuil Sri Sithi Binayagat Alayam dekat sini sempena sambutan Deepavali.

Tempat ibadah tersebut untuk penganut Sikh dan kuil kaum India di Sandakan.

Ketibaan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional negeri, Sahar Abdul Majid dan rombongan ke kuil kaum Sikh disambut mesra pengerusinya Devinder dan Penolong Setiausaha Gurmeet Singh dan juru auditnya Muru Internal.

Manakala kunjungan ke kuil Hindu disambut Presiden Kuil Ganesan, Penolong Presiden Muthusamy, Dr Thinagaran, Ketua Wanita Kuil Vijayamala dan Ketua Pemuda Dineish.

Sahar berkata, lawatan itu bukan atas tujuan politik sebaliknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum serta memahami masalah yang mereka hadapi.

Katanya, walaupun rakyat di Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, namun keharmonian kaum dan perpaduan rakyat tetap dipertahankan.

“Ini kerana kita ada sifat kebersamaan iaitu perasaan cintakan tanah air, keamanan dan keharmonian. Sifat ini perlu dipupuk dan disemai supaya wujud semangat bersatu padu dan saling memahami di antara satu sama lain,” ujarnya pada lawatan tersebut semalam.

Menurutnya juga hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan alat oleh mana-mana pihak untuk dijadikan agenda peribadi atau kelompok tertentu sahaja.

“Keamanan dan kestabilan negara mesti menjadi agenda utama negara, supaya rakyat rasa terjamin dari segi keselamatan dan kelangsungan hidup di tanah air ini,” tambahnya.

Turut hadir Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sandakan, Isaac Wong, Ketua Muslimat kawasan, Ummi Syifa’ Tasman dan Naib Ketua Muslimat Rosmah Rahman. – HARAKAHDAILY 23/10/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo