NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen Arau: Shahidan dakwa tiada calon yang lebih layak dari dirinya


Shahidan Kassim boleh menerima jika ada calon baharu yang diketengahkan di Parlimen Arau boleh menang namun masalahnya setakat ini tidak ada.

Kata Shahidan yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau sejak empat penggal, bahagian Arau telah menjalankan kerja-kerja selama ini bagi membantu calon boleh menang.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, calon boleh menang di Parlimen Arau akan memberi kelebihan besar kepada parti menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Masalah besar siapa nak jadi calon (muka baharu). Adalah beberapa nama daripada bahagian namun dilihat tiap-tiap hari maki saya. Saya pegang amanah daripada bahagian (dinamakan sebagai calon) dan rakyat.

“Kalau letak calon silap, parti lain seronoklah, kalau pilih calon biar parti lawan gerun. Kalau parti lawan anggap ‘kacang goreng’ habislah. Apa pun Parlimen Arau adalah kawasan boleh menang, jangan silap letak calon,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Pauh, di sini malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan, Perikatan Nasional (PN) Perlis yakin mempunyai peluang lebih cerah menang di negeri ini termasuk di Parlimen Arau sekiranya Shahidan tidak disenaraikan sebagai calon.

Pengerusi PN negeri, Mohd. Shukri Ramli dilaporkan berkata, Shahidan yang juga bekas Menteri Besar masih mempunyai pengaruh yang cukup kuat di Perlis khususnya di Arau.

“Pengaruh Shahidan ini menyeluruhlah di Perlis ini bukan setakat di Arau sahaja. Kekuatan tersebut ada pada beliau sebab beliau dekat dengan rakyat,” katanya.

Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din (bekas) dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

Setakat ini, hanya Allahyarham Haron Din sahaja dilihat mampu memberi cabaran sengit kepada Shahidan apabila tewas sekitar 1,000 undi dalam PRU13.

Lawan-lawan lain sebelum ini seperti Tengku Abdul Rahman (Pas,1986), Khalid Samad (Pas, 1990), Hashim (Pas, 2018) dengan kesemua mereka tewas dengan majoriti besar 5,000 ke 8,000 undi.

Timbul persoalan, andai Shahidan tidak dipilih sebagai calon di kawasan berkenaan dalam PRU15, mampukah calon lain mengulangi pencapaian beliau di Parlimen Arau?

Sementara itu, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, gerak kerja di bahagian Arau berjalan cukup rancak dalam usaha mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo